Apa kata aku guna pendekatan lain pula untuk post kali ini....Daily Planner + Sastera.= Seram...???
0630hrs...
Dah siap berkemas. Sasaran hari ini; shoot sebanyak mungkin shot-shot menarik. Namun jauh di sudut hati aku terpendam kerisauan yang teramat. Anakku menunjukkan tanda-tanda nak demam. Adik ipar aku pula, Joseph Jantan pula nak di hantar balik ke asrama sekolah, jadi aku mungkin terpaksa menghadkan masa aku bertugas pada hari itu.
0700hrs...
Marizan dan Djack jemput aku di rumah. Menggunakan myvi Marizan, kami bergerak dengan yakin dan ceria, sambil kami di perdengarkan dengan lawak SAWANCARA arwah Din Beramboi bersama Aznil Hj Nawawi. Sampai di Santubong Bridal, duduk berehat sebentar sebelum pergi sarapan di kedai mamak kat bawah premis tu.
0800hrs...
Mulalah beg kamera di buka. Canon EOS 550D milikku sudah menggeletar, minta di suap dengan shot-shot terbaik dari ladang habaq hang. Begitu jua Nikon D90 Marizan dan D5000 Djack, masing-masing menuntut "pengeras"nya. Siaplah, "kilat" sudah mula sabung-menyabung di dalam premis Santubong Bridal, hasil asakan flash kami. Idea mula datang mencurah-curah, bagaikan air paip yang dipulas habis pilinya. Wajah Helmi dan Muliana (yang sedang disiapkan) bagaikan sudah menjadi medan perang....perang shot dan angle. Tak terkecuali, prop-prop yang ada di situ. Mereka yang berada di situ tersenyum simpul melihat gelagat kami.
0945hrs...
Aku mendapat perkhabaran kurang baik. Sebelum kami berangkat ke rumah pengantin, isteriku menelefon...
"..yang, Kumaira demam..."
Tiba-tiba perasaanku berbelah bagi. Namun dengan pantas aku mengkhabar kepada Marizan dan dengan pantas juga dia menghantar ku balik ke rumah. Aku mesti menghantar puteriku ke klinik sebelum meneruskan semula kerja ku. "Senjata"ku aku pertanggungjawabkan kepada Djack, dengan harapan agar Djack menggunakannya bagi mendapatkan result terbaik. Ternyata memang terbukti reputasi Djack. Aku tak hairan sedikitpun walaupun dia lebih mahir menggunakan Nikon. Kerana dialah, aku berani membuat comeback dalam bidang fotografi ni. Arigato, Djack-san.
1030hrs...
Aku, isteriku Nur, adik iparku Jantan dan anakku Kumaira berada di Klinik Astana. Maka berjumpalah kami dengan tabib...eh? doktorlah! (terbawa-bawa pula aku dengan bahasa sastera aku ni). Alhamdulillah, demamnya tak serius. Jadi aku putuskan untuk membawa mereka bertiga mengikut aku kerja. Namun begitu, agak banyak juga masa yang aku terlepas. Entah berapa banyak shot yang Djack dan Marizan dah shoot.
1215hrs...
Aku telah terlepas semua moment di rumah pengantin. Maka sesi outdoor tidak boleh aku lepaskan. Segera aku memecut dan mendapatkan "senjata"ku dari Djack. Aku lihat resultnya. Hah....kan aku dah cakap tadi, memangla budak Djack ni. Hasilnya sungguh membanggakan. salah shoot sikit-sikit tu biasalah, tapi keseluruhan shot-shot yang Dajck ambil, ku kira memang boleh di pakai semuanya.
1315hrs...(pukul 1.15 la)
Sesi dimulakan di kawasan sekitar New Waterfront, lorong bersebelahan Dockyard dan Mahkamah Lama (sekarang Tourism Center dan Little Lebanon). Alhamdulillah, berjalan lancar.
1445hrs...
Alhamdulillah, selesai juga kerja kami. Terima kasih aku ucapkan kepada Djack dan Marizan kerana memahami situasi aku pada hari itu. Juga kepada kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke akhir hayat.










No comments:
Post a Comment