Tuesday, January 25, 2011

Accidentally strobist....

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya terjadi beberapa hari sebelum hari krismas tahun lepas (2010). Masa tu malam, aku bawa isteri dan anak pergi jalan-jalan sekitar Bandaraya Kuching ni. Nak meluangkan masa berkualiti. Tak ketinggalan adik-adik ipar aku, Louis dan Geena yang kebetulan cuti sekolah.

Sampai kat area Padungan tu tiba-tiba kami nampak satu pokok buatan manusia yang tinggi dan besar, berhampiran dengan Dewan Masyarakat Kuching kat Padungan. Kitaorang apa lagi, singgahlah kat situ.
Adik-adik ipar aku punyalah seronok tengok tempat tu. Cantik, sebab tempat tu di hias macam musim sejuk ala-ala kutub utara. Yelah, nak ambik mood krismas kan.

Ni dia pokok krismas besar tu. Besar gedabak!!!

Rupa-rupanya Celcom buat promosi XPAX sempena krismas. Pokok besar tu di buat untuk tarik perhatian orang ramai yang tak tahu. Banyak juga pengunjung malam tu, terutama sekali yang bawak family. Memang kira berjaya jugalah strategi diaorang ni. Kebetulan jugak DSLR ada bersama, apa lagi....shoot sebanyak mungkin arr....

Tengok patung ni pun budak-budak dah seronok

Apatah lagi kalau di suruh bergambar.

pergh..tak pernah aku buat lagi, first la ni..silhoute waktu malam

Anak aku, Kumaira. Bila dia dibiarkan bebas macam ni, memang dia suka..

Sampai kat satu tempat tu ada satu bola kristal "x" (macam kat atas tu). Cantik, so aku suruh isteri aku bawa anak kami dekat dengan bola tu.....
......tiba-tiba....



Dengan secara tak sengaja, tiba-tiba gambar yang aku ambik jadi gambar strobist (yang agak cantik juga sebenarnya). Aku nak shoot gambar biasa je sebenarnya. Nasib jugak terlupa tekan Built-in Flash yang ada kat DSLR tu. Pergh, payah nak dapat pic dan moment macam ni.

Jadi sebagai penutup kata untuk post hari ni, secara peribadi aku nasihat kepada pembaca-pembaca blog ni, terutama yang dah berkeluarga...Bila ada masa lapang, gunakan dengan berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan. Insya-Allah mungkin ada sesuatu yang akan anda temui, yang mungkin menjadi kenangan terindah seumur hidup anda. Jangan lupa juga bawa kamera, walaupun kamera anda murah ataupun kamera handphone. Because every moment is priceless....

Monday, January 24, 2011

Strobist...hustler style...

Minggu lepas time aku free sikit, aku pergilah lepak kat rumah Djack. Bukan setakat nak lepak je, aku bawak DSLR dan laptop aku, nak belajar strobist and editing sekali. So hasil pertemuan nya terhasil karya-karya di bawah ini.

Sebenarnya sesi "perlepakan" (ada ke perkataan ni dalam kamus?) kami pada malam tu adalah lebih kepada sesi test gear. Speedlite flash Nissin Mark II 622 yang baru sahaja aku dapatkan dalam minggu lepas. Hasil ujian kami mendapati bahawa cahaya yang di hasilkan agak kuat jugak. Memang power, so Djack meminjamkan softbox untuk test buat strobe photography. Sepatutnya pakai umbrella, tapi softbox pun boleh. Yang penting hasilnya, bukan gear....betul tak?

Ini sebenarnya basic strobist je. Tapi aku saja bagi nama "Hustler" pasal salah satu gambar ni ada gambar aku sambil asap rokok berkepul-kepul. Macam hustler smoker...hahahaha...Anyway, thanks to Djack dan adiknya Razi sebab tolong aku hari tu.



Abd Hadi @ Djack Djanggo



Masri Mohd Bakar @ MASRi @ Hensem @ Aku la tu...

Mohd Razi @ Jamel

Wednesday, January 19, 2011

Wedding: Zulkha & Akma, 8 januari 2011

Seperti yang ku janji, aku sajikan hasil pertama job wedding yang aku buat. Terima kasih kepada Encik Asfan (Main Photographer pada hari tu), Encik Marizan, Encik Adi@Djack dan pengantin sendiri Encik Faizul "Zulkha" Khalid atas tunjuk ajar. Sedikit sebanyak aku kerja sambil belajar, sambil aku refresh balik ilmu fotografi aku dulu.







Monday, January 17, 2011

Wedding: Jun & Ros, 9 Januari 2011

Apasal aku nak buka blog kedua kalau blog yang pertama pun aku jarang update?

Untuk blog yang pertama, aku biarkan untuk cerita-cerita yang secara peribadinya dekat
dengan aku.
Blog kedua ni pulak, aku nak concentrate untuk koleksi-koleksi gambar dari internet untuk aku share bersama pembaca nanti. Juga tak ketinggalan, gambar-gambar yang aku tangkap sendiri.
Untuk merasmikan blog ni aku akan attach some of my work with my group, tempat aku bernaung, Zulkha corp. Boleh klik link ni kalau korang nak book kita orang untuk shoot wedding. Ada pakej sekali kat situ.

So, cerita sikit pasal assignment wedding Jun & Ros. Ini adalah job kedua aku di bawah naungan Zulkha Corp. Job yang pertama aku ambik actually adalah perkahwinan director Zulkha Corp tue sendiri, Encik Faizul "Zulkha" Khalid (insya-Allah post akan datang aku upload gambar dia). Aku sebenarnya just assist Marizan dan Adi@Djack dalam wedding Jun & Ros ni, memandangkan diaorang dah selalu ambik job-job macam ni. Tapi dalam tu sempat jugaklah ambik shot-shot terbaik sebagai main photo. Bukan apa pun, untuk portfolio aku jugak, and for this blog, eventually. So, present to you my recent work so far.

Shot paling ekslusif dari aku pada hari tu

Hehehe. Memang tak adil kalau nak mengulas gambar yang yang aku shoot sendiri. Tapi serius, gambar kat atas ni agak istimewa bagi aku. Untuk seseorang yang buat "comeback" macam aku, aku agak berpuas hati dengan gambar kat atas, pasal ada nilai seni dan estetika (cewah, memandai je aku tokok tambah). Minta maaflah kalau background tu huru-hara sikit, tapi pada keseluruhannya, itulah seni. Tengok effect bokeh kat gitar tu. Ada cerita di sebaliknya tu.

Gambar kat atas diambil di rumah mak andam selepas Ros, pengantin perempuan siap diandam. Sementara menunggu Jun, pengantin lelaki sedang diandam, aku, Djack dan Marizan shootlah sebanyak yang boleh. Marizan shoot masa persiapan pengantin. Aku pula buat candid, sambil-sambil tu sempat jugak mencelah sikit Marizan dan buat shot-shot menarik. Djack pula assist apa yang patut, sambil ambil shot-shot menarik.

Zulkha? Aku ingat korang tak tanyer tadi. Disebabkan beliau baru sahaja melansungkan persandingan sehari sebelum pasangan Jun & Ros ni, maka dia berehat daripada sebarang job untuk minggu itu. Yelah, bagilah can sikit, bos pun nak berehat jugak. 

Selepas tu kami bertolak ke rumah pengantin. Boleh tahan juga , ramai jemputan pada hari tu. Juga yang istimewanya ramai sanak saudara pengantin perempuan dari Simunjan. Semuanya kaum Iban...oooh!!! Rupanya Ros, pengantin perempuan tu berbangsa Iban. Samalah dengan isteri aku. Itulah jodoh namanya. Melayu + Iban = 1 Malaysia.

Masa pengantin sampai dan naik pelamin, lain pula ceritanya. Punyalah sesak kat ruang pelamin tu dengan kanak-kanak dan sanak-saudara kedua-dua belah pengantin. Dengan penuh diplomasinya (ceh, betul ke word aku ni) kami mengarahkan mereka agar ke tepi sikit untuk memberi ruang kepada pengantin dan kami untuk dapatkan shot dan angle terbaik. Tapi itu lah, tak semuanya bagi kerjasama. Jadi, dengan ruang yang terhad, kami menjalankan tugas sebaik mungkin. Sementara Djack dan Marizan sibuk di pelamin, aku menyibukkan diri dengan ambil candid sekitar majlis berlangsung. Lepas ada jugaklah ambil shot family dan sanak saudara bersama kedua mempelai.

Masa shoot kat bilik pengantin pula lain ceritanya. Kalau masa part dalam bilik ni, Marizan memang terer sikit. Pasal dia boleh ambik shot dari angle mana sekalipun, sesuai dengan "ketinggian"nya...hehehe..Ijan, jangan marah yer!

Punyalah panas dalam bilik tu, kesian pulak aku tengok pengantin. Berpeluh, tak ingat pula minta pasang kipas. Tak terkecuali kami bertiga. Aku dan Djack tolong pegang flash, Marizan shoot.

Tengahari, selepas majlis selesai dan kami bertiga sudah "mencekik". Outdoor shoot la pulak. Ha...part ni amat disukai Djack. So dia incharge sesi ni. Aku pun suka part, pasal space luas, angle pun bebas nak cari. Antara hasilnya kat bawah ni. So terima kasihlah Djack dan Marizan kerana sama-sama bekerja keras, juga tak lupa kedua-dua pengantin atas kerjasama yang diberikan. Pergh!!! Sukses!!!



Yang ni di edit sedikit dengan bantuan dari Encik Djack


Pasangan ni memang best bila di shoot masa pose macam ni. Bakul air untuk props tu diaorang bawa sendiri tau!!