Assalamualaikum....
Fuh,.....lama betul aku tak update blog ni....berbulan-bulan...... Almaklumlah komitmen kerja, famili dan lain-lain. Photography pun aku dah slow sikit, terpaksa korbankan hobi ni buat seketika untuk bagi penuh tumpuan terhadap kerja. Insya-Allah kalau aku dah kurang sikit komitmen di sekeliling, aku akan bergiat balik. Rindu pulak aku nak dengar bunyi shutter. Dah berbulan-bulan aku simpan beg kamera kat dalam almari je. Lagipun job wedding takde. Sekarang ni kamera aku tu tengah berkhidmat dengan seorang student Lim Kok Wing yang sudi menyewanya. Alhamdulillah, so far keadaannya baik and I hope nanti dah dipulang pun masih dalam keadaan yang sama.
Pergh, punyalah lama aku tak jenguk blog ni, dah penuh ngan sawang dan debu. So kena bersihkan segala sampah sarap yang ada. nantilah aku upload gambar yang tak sempat lagi nak upload sebelum ni. Aku terpaksa tetapkan prioriti aku terhadap tugas hakiki, famili dan lain-lain. Job wedding pun banyak aku tolak kat kawan-kawan. Aku tak nak pula nanti kerana gila nak ambik job wedding, tugas aku yang bergaji tetap ni pula terabai.
Cerita pasal job wedding, aku teringat pula satu artikel dari blog www.fendyzaidan.com yang bertajuk "Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?
Kenapa pulak aku nak komen pasal mamat yang bernama Fendy Zaidan ni? Ada pun di dalam artikel isinya penuh dengan pro dan kontra, jika seseorang yang memang ambil serius tentang dunia photography ni memang faham apa yang mamat ni cuba sampaikan.
Rata-rata isinya aku cukup setuju, walaupun aku terasa sikit bila dia menyentuh apasal shot-shot/angleangle yang repetative dan editing ala-ala Dave Hill. Hahahahaha...berdesyum sebijik kena kat muka. Pada mulanya aku marah juga bila baca artikel ni, tapi bila baca balik, takdelah 100% golongan photographer yang di maksudkan ialah orang macam aku, tapi segelintirlah. Tapi aku paling tak setuju bila di guna pekataan "ANTI". Agak-agaklah, perkataan tu lebih sesuai untuk dadah, rasuah dan lain-lain benda negatif. Jahat sangat ke wedding photographer ni di mata dia?.....
Okeylah, aku nak sambung kerja...bila ada masa aku sambung balik artikel ni........
No comments:
Post a Comment