Thursday, August 25, 2011

Di saat idea gila-gila datang mencurah-curah

Selain dari fotografi, aku juga sudah mula meminati hobi "image manipulation" menggunakan photoshop. Ini sebenarnya sesuaru yang masih baru untuk aku, tak sampai setahun pun aku belajar. Ini kerana aku hanya belajar fotografi dahulu. Bab edit-mengedit ni pandai-pandai sendirilah. Belajar dari kawan-kawan, belajar dari tutorial di Youtube. Kadang-kala ada yang aku kena discover sendiri. So kena rajin-rajin klik tetikus kalau nak pandai.

Ini antara hasil gila-gila yang aku buat setakat ni. Mintak maaf terlebih awal kalau post ini ada yang tak kena atau menyinggung perasaan sesetengah pihak.


     Ni masa job wedding Helmi-Muliana. Tetiba je kitaorang dapat idea bila tengok pedang samurai. Bila masa nak edit pulak, tiba-tiba aku teringin nak buat macam Star Wars. Hasilnya, terjadilah karya ini adan hasil-hasil seperti di bawah.



     Itu cerita idea Star Wars. Iklan minyak wangi kjap yer...



     Ha....betul kata orang. Dapat idea memang senang, tapi nak melaksana/execute....hmmm...payah juga.
Yang tadi gambar aku sendiri. Belum poster filem yang aku bikin Syok sendiri ni. hahahahaha.


      Aku di fahamkan seorang sahabat aku, bahawa yang menghasilkan poster asal ini ialah KUKUBESI. Alamak, bukan calang-calang orang KukuBesi ni. Nama yang cukup gah dalam image manipulation/ graphic design. Walaupun aku belum bersua muka dengannya, namun aku berterima kasih sebab dia hasilkan poster asal yang superb. All the credit goes to him. Aku cuma jadikan poster ni sebagai bahan belajar. Tak percaya? Tengok sebelum dan selepas gambar ini di ubahsuai.


Kat bawah ni pula fanmade poster untuk upcoming movie "The Avengers"



Hahahaha.....licin aku tonyoh muka aku dan Djack kat situ.
Last but not least, gambar scenery yang aku download dari internet, then aku manipulate, letak anak aku jadi giant...."HONEY! I BLEW UP THE BABY!!!!"


Thursday, August 18, 2011

Bermain dengan cahaya.....

Ini hasil kerja aku dan Djack beberapa bulan yang lepas. Aku rasa malas pula nak cakap banyak memandangkan kekontangan idea yang agak teruk. Insya-Allah jika idea datang mencurah-curah nanti aku post lagi, okey?