Sunday, February 13, 2011

Wedding: Helmi & Muliana, 6 Februari 2011

Apa kata aku guna pendekatan lain pula untuk post kali ini....Daily Planner + Sastera.= Seram...???





0630hrs...
Dah siap berkemas. Sasaran hari ini; shoot sebanyak mungkin shot-shot menarik. Namun jauh di sudut hati aku terpendam kerisauan yang teramat. Anakku menunjukkan tanda-tanda nak demam. Adik ipar aku pula, Joseph Jantan pula nak di hantar balik ke asrama sekolah, jadi aku mungkin terpaksa menghadkan masa aku bertugas pada hari itu.

0700hrs...
Marizan dan Djack jemput aku di rumah. Menggunakan myvi Marizan, kami bergerak dengan yakin dan ceria, sambil kami di perdengarkan dengan lawak SAWANCARA arwah Din Beramboi bersama Aznil Hj Nawawi. Sampai di Santubong Bridal, duduk berehat sebentar sebelum pergi sarapan di kedai mamak kat bawah premis tu.

0800hrs...
Mulalah beg kamera di buka. Canon EOS 550D milikku sudah menggeletar, minta di suap dengan shot-shot terbaik dari ladang habaq hang. Begitu jua Nikon D90 Marizan dan D5000 Djack, masing-masing menuntut "pengeras"nya. Siaplah, "kilat" sudah mula sabung-menyabung di dalam premis Santubong Bridal, hasil asakan flash kami. Idea mula datang mencurah-curah, bagaikan air paip yang dipulas habis pilinya. Wajah Helmi dan Muliana (yang sedang disiapkan) bagaikan sudah menjadi medan perang....perang shot dan angle. Tak terkecuali, prop-prop yang ada di situ. Mereka yang berada di situ tersenyum simpul melihat gelagat kami.




0945hrs...
Aku mendapat perkhabaran kurang baik. Sebelum kami berangkat ke rumah pengantin, isteriku menelefon...

"..yang, Kumaira demam..."

Tiba-tiba perasaanku berbelah bagi. Namun dengan pantas aku mengkhabar kepada Marizan dan dengan pantas juga dia menghantar ku balik ke rumah. Aku mesti menghantar puteriku ke klinik sebelum meneruskan semula kerja ku. "Senjata"ku aku pertanggungjawabkan kepada Djack, dengan harapan agar Djack menggunakannya bagi mendapatkan result terbaik. Ternyata memang terbukti reputasi Djack. Aku tak hairan sedikitpun walaupun dia lebih mahir menggunakan Nikon. Kerana dialah, aku berani membuat comeback dalam bidang fotografi ni. Arigato, Djack-san.

1030hrs...
Aku, isteriku Nur, adik iparku Jantan dan anakku Kumaira berada di Klinik Astana. Maka berjumpalah kami dengan tabib...eh? doktorlah! (terbawa-bawa pula aku dengan bahasa sastera aku ni). Alhamdulillah, demamnya tak serius. Jadi aku putuskan untuk membawa mereka bertiga mengikut aku kerja. Namun begitu, agak banyak juga masa yang aku terlepas. Entah berapa banyak shot yang Djack dan Marizan dah shoot.










1215hrs...
Aku telah terlepas semua moment di rumah pengantin. Maka sesi outdoor tidak boleh aku lepaskan. Segera aku memecut dan mendapatkan "senjata"ku dari Djack. Aku lihat resultnya. Hah....kan aku dah cakap tadi, memangla budak Djack ni. Hasilnya sungguh membanggakan. salah shoot sikit-sikit tu biasalah, tapi keseluruhan shot-shot yang Dajck ambil, ku kira memang boleh di pakai semuanya.
1315hrs...(pukul 1.15 la)
Sesi dimulakan di kawasan sekitar New Waterfront, lorong bersebelahan Dockyard dan Mahkamah Lama (sekarang Tourism Center dan Little Lebanon). Alhamdulillah, berjalan lancar.






1445hrs...
Alhamdulillah, selesai juga kerja kami. Terima kasih aku ucapkan kepada Djack dan Marizan kerana memahami situasi aku pada hari itu. Juga kepada kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke akhir hayat.

Malam belulut- Helmi dan Muliana


Tergerak pula hati aku untuk update dengan segera blog ini dengan post terbaru. Secara tiba-tiba, banyak peristiwa berlaku di sekeliling aku. Maka dengan secara tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Tak terpilih pula rasanya mana satu bahan yang paling sesuai,..pasal semuanya sesuai belaka.

Maka kali ini pasangan client kami ialah Helmi dan Muliana. Akad nikah telah diadakan di Majlis Islam Sarawak pada 2 Februari 2011. Walaubagaimanapun hanya Djack dan Marizan dapat bertugas pada hari itu, sementara aku masih sibuk bekerja menjelang Tahun Baru Cina.

5 Februari 2011, sesi malam belulut. Kali ini aku turut sama menjayakan sesi ini. Aku, Djack, Marizan dan isterinya Emy berangkat ke Kampung Setakan Melayu. Singgah sebentar di Kompleks Perumahan Polis Tabuan  Jaya, bagi menunaikan solat Maghrib sebab dah masuk waktu.

Sampai disana, kami disambut dengan mesra oleh ahli-ahli keluarga pengantin. Kami masuk ke rumah dan di jemput makan sebelum memulakan tugas. Pelamin pasangan ini agak menarik. Kenapa? Lepas ni anda tengoklah sendiri gambar kat pelamin tu.








Thursday, February 10, 2011

Wedding: Nik Adzrieman & Nordiana, 23 Januari 2011

Malam sebelum majlis berlangsung, Zulkha dan Djack dengan jayanya telah men"wakenabeb"kan aku, dan aku langsung tak perasan. Konon-konon diaorang tak dapat bertugas sebab ada hal, so aku kena cover sorang-sorang majlis kat Dewan Suarah pagi tu. Tak boleh tido aku. Bila pagi baru Djack bagi tau aku dah kena prank (macam Bang Bang Boom). Kurang Vitamin C betul member-member aku ni. Tapi terima kasih jugaklah kerana prank diaorang ni lah aku tersenyum sorang-sorang semasa bertugas untuk client kami kali ni.

Cerita pula pasal client kami Nik Adzrieman dan pasangannya Nordiana Rosli. Post yang lepas aku ada siarkan gambar yang kami shoot untuk pre-wedding diaorang, cuma aku tak ulas panjang sebab simpan untuk post ni. Nik Adrieman ialah seorang pensyarah yang sedang menyambung pelajaran di UK bagi mendapatkan Doktor Falsafah (PhD). Nordiana adalah seorang doktor. Professor dan Doktor, serasi sangatlah jodoh mereka ni. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.....

Lebih kurang pukul 6.30 pagi aku dah siap dan pergi ambik Djack di rumahnya. Sebelum pukul 7.00 kami berangkat ke rumah Zulkha dan berkumpul di sana. Sempat juga kami di jemput Puan Khamsiah, ibu Encik Zulkha untuk bersarapan nasi lemak bagi mengalas perut kami. Turut menyusul kemudian ialah Marizan dan team videography iaitu Hairizz dan Firdaus. Sebelum berangkat, Zulkha memberi taklimat tentang tugas kami. Kami berpecah kemudiannya dimana Zulkha dan Djack bermula dengan shoot persiapan pengantin manakal aku dan Marizan shoot persiapan di Dewan Suarah.

Kami memulakan shoot di sekitar dewan sebelum majlis dan mendapati kami bakal berdepan masalah pencahayaan. Tetapi berbekalkan doa yang dibacakan untuk kami oleh Marizan pagi tadi, kami dapat menjalankan tugas kami dengan jayanya. Pengantin tiba lebih kurang pukul 10.40 pagi. Tetamu-tetamu yang datang pula dari pelbagai bangsa dan golongan. memang grand majlis diaorang ni. Memang, grand betul majlis ni. Macam bersanding kat hotel.

Tepung tawar sudah, makan sudah, shoot family potrait pula. Dengan menggunakan kelajuan tahap gaban, dengan segera Zulkha dan Djack memasang umbrella untuk shoot ala-ala studio. Pergh, resultnya memang macam gambar studio. Habis semua sesi, shoot outdoor pulak. 3 lokasi kami petang tu. Di taman Muzium Sarawak, kemudian di kawasan Kesuma resort dan last sekali di kawasan pinggir pantai Kampung Pasir Pandak.

Enjoy betul kerja hari tu, walaupun penat yang teramat. Sedikit sebanyak aku menambah ilmu fotografi bila dapat kerja dengan Zulkha, yang paling senior di antara kami. Lain kali bila ada lagi majlis grand macam ni, aku sudah ada bekalan yang ku bawa untuk job seterusnya. Thanks to Zulkha, Djack, Marizan, team videography dan terutama sekali kedua pengantin, atas kerjasama yang mantap walaupun penat tak hingat. Sekali lagi aku ucapkan Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga akhir hayat.......





 
 







Monday, February 7, 2011

Pre-wedding: Nik Adzrieman & Nordiana

Assalamualaikum....

Setelah beberapa minggu gagal mencari masa, akhirnya aku dapatkan juga kesempatan untuk update post terbaru untuk blog ni. Jadi minggu ini aku nak bercerita tentang sesi photoshoot Pra-perkahwinan pasangan Nik Adrieman dan Nordiana.

Alhamdulillah, sesi ni berjaya dijalankan atas kerjasama sama kami di Zulkha ( aku, Djack dan Marizan) dan jurufoto import/backup, Azizan.

Ini antara hasilnya. Untuk majlis perkahwinan pula, nanti aku upload banyak sikit untuk tontonan kita semua.