Semasa aku Di UiTM Shah Alam pada tahun 2001, salah satu subjek yang aku ambil masa sem 3 ialah Photography 101 and guess what, aku agak berjaya dalam subjek tu.
Pensyarah subjek tu aku masih ingat lagi namanya. Prof madya Rushdi Kubon. Aku masih ingat lagi rupa dia, dengan identiti janggut panjang bertocang. Orangnya agak lawak, tetapi tegas dalam mengajar. Dia tidak teragak-agak untuk menggagalkan pelajar yang tak ambil serius subjeknya.
Selain dari belajar benda-benda teori asas seperti apperture , shutter speed, ISO dan sebagainya, kami di wajibkan membeli fully-manual SLR (jenis analog yang pakai film) untuk kerja amali kami sendiri. Di saat kawan-kawan sekelasku sibuk cari SLR yang mahal lebih dari RM1000/- seperti Nikon, Canon dan sebagainya, aku terpaksa mencari alternatif lain memandangkan sumber kewangan yang terhad.
Di saat itu aku berkenalan dengan jenama yang jarang ku dengar seperti Yashica, Olympus, Vivitar, Pentax dan sebagainya. Tidak ketinggalan dalam kepalaku brand yang agak mahal ketika itu, Hasselblad (eh, ni kategori SLR jugak ke?)....dan sampai sekarang antara yang masih mahal....
Akhirnya aku bertekad membeli Vivitar V3000, model paling murah ketika itu, dengan harga hanya RM859/- di Pertama Complex Kuala Lumpur, dengan niat hanya untuk belajar semata-mata dan tidak pula terfikir akan meminati fotografi. Aku tak tau la pula berapa harga model tu sekarang (hmm..ada lagi ke model tu?). Memang agak berbaloi membelinya dengan harga tersebut kerana bukan hanya dapat body dan lens, malah bag, tripod, basic flash (aku tak ingat brand apa, cap ayam kot) dan cleaning kit sekali.
 |
| contoh sahaja: inilah model SLR pertama yang pernah ku miliki dahulu |
Dari situ bermulanya perjalananku dalam bidang fotografi. Terlebih dahulu aku di ajar selok-belok teknikal SLR, bukan terus main tangkap je. Kena tau macammana part-part dalam tu berfungsi, macammana imej dan cahaya di rakam....masuk ke dalam lens di tapis jumlah cahaya melalui apperture, lalu ke lens element, ke flip-up mirror di pantul ke ViewFinder....kemudian bila snap, flip-up mirror di buka mengikut setting shutter speed dan imej pun di rakam ke filem (kalau dSLR sekarang, imaging sensor). Juga, macammana nak pasang filem dalam SLR tu. Tu asas jer tu.
Bukan dari lecturer sahaja, kami kena belajar juga melalui User Guide/Manual Pengguna. Apa sebab? Setiap model/brand SLR mempunyai mekanisme yang sama dalam merakam imej, tapi masing-masing juga ada advantage/disadvantage nya. Lebih kurang la macam dSLR sekarang. Kalau nak dibandingkan kami yang belajar fully-manual SLR dulu dengan budak-budak sekarang yang terus kenal dengan dSLR,...hei...masak... Because we learned it the hardway then, compare to them nowadays.
Langit tak selalu cerah. Itulah yang berlaku pada ku ketika minatku sudah membuak di dada. Vivitar miliku di curi ketika ku sedang tidur di asrama. Nasib baik lah aku dah lepas paper Photography 101 sebelum tu.... kalau tak, naya aku beb.
Sebenarnya aku boleh di kategorikan sebab golongan yang rugi ketika aku kena kick dari UiTM dahulu. Ini kerana apa yang aku belajar mula-mula dulu hanyalah basic semata-mata dan tidak lebih dari itu. Belum lagi sempat aku belajar pencahayaan, penggubahan gambar dan lain.
Setelah aku di berhentikan kerana kegagalan aku, aku hilang arah. Aku menganggur selama 7 bulan sebelum aku di terima bekerja di Choice Super Mall, Mahsuri Ria Sdn Bhd. Ketika itu aku mula membina semula kekuatan aku untuk berjaya dalam hidup. Untuk itu, minatku kepada bidang fotografi terpaksa kulupakan seketika. Ku sangkakan seketika sahaja, tapi realitinya lebih dari itu.
Dari pasaraya aku bertukar ke kerja kilang, kemudiannya pada 2008 aku diterima bekerja sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan. Dari 2003 hingga 2009, 6 tahun berlalu, banyak perubahan dalam hidupku. Mendirikan rumahtangga, menerima cahayamata dan sebagainya. Masa kian berlalu... fotografi semakin terlupus dari ingatan. Sehinggalah......
Tahun 2009, awal bulan Jun kalau tak silap. Aku dipindahkan dari Serian ke Kuching. Ketika itulah minatku mula berputik kembali setelah suatu perbualan aku dan rakan sekerja di cafeteria. Airwan Ismawi dan Hadi Buntal, freelancer dalam group yang di panggil "Shutterground" (sekarang tidak lagi, kerana sudah bergerak dengan brand mereka sendiri, "Fotoradiasi"). Perbualan mereka membuat aku terdetik untuk mencelah dan bertanyakan soalan seperti seorang baru kenal fotografi.
Tidak cukup dengan itu, rakan sepermainan aku ketika kecil sehinggalah remaja, Abd Hadi @ Djack Djanggo rupa-rupanya telah telah memulakan hobi yang sama sejak beberapa tahun sebelum itu. Akhirnya aku terdetik untuk membuat comeback. Permulaan comeback aku akan di ceritakan dalam post akan datang.
Kalau nak ditanya siapa terlebih dahulu terdedah dengan bidang fotografi ni, aku dan Djack bukan lah orang pertama di kalangan geng kami, kerana Faizul Khalid @Zulkha adalah kawanku yang pertama menceburi bidang SLR ini. Bermula dengan model Yashica untuk kegunaannya ketika sedang menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak. Aku pula yang kedua, juga untuk kegunaan belajar.
Rasanya itulah saja yang aku sempat cerita. Taip panjang lebar karang korang ngantok pula nak baca. Akan datang, aku cerita pula SLR untuk aku buat come dan insya-Allah aku akan upload sekali hasil pertama dari kamera tersebut.
Wassalam.....