Thursday, February 10, 2011

Wedding: Nik Adzrieman & Nordiana, 23 Januari 2011

Malam sebelum majlis berlangsung, Zulkha dan Djack dengan jayanya telah men"wakenabeb"kan aku, dan aku langsung tak perasan. Konon-konon diaorang tak dapat bertugas sebab ada hal, so aku kena cover sorang-sorang majlis kat Dewan Suarah pagi tu. Tak boleh tido aku. Bila pagi baru Djack bagi tau aku dah kena prank (macam Bang Bang Boom). Kurang Vitamin C betul member-member aku ni. Tapi terima kasih jugaklah kerana prank diaorang ni lah aku tersenyum sorang-sorang semasa bertugas untuk client kami kali ni.

Cerita pula pasal client kami Nik Adzrieman dan pasangannya Nordiana Rosli. Post yang lepas aku ada siarkan gambar yang kami shoot untuk pre-wedding diaorang, cuma aku tak ulas panjang sebab simpan untuk post ni. Nik Adrieman ialah seorang pensyarah yang sedang menyambung pelajaran di UK bagi mendapatkan Doktor Falsafah (PhD). Nordiana adalah seorang doktor. Professor dan Doktor, serasi sangatlah jodoh mereka ni. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.....

Lebih kurang pukul 6.30 pagi aku dah siap dan pergi ambik Djack di rumahnya. Sebelum pukul 7.00 kami berangkat ke rumah Zulkha dan berkumpul di sana. Sempat juga kami di jemput Puan Khamsiah, ibu Encik Zulkha untuk bersarapan nasi lemak bagi mengalas perut kami. Turut menyusul kemudian ialah Marizan dan team videography iaitu Hairizz dan Firdaus. Sebelum berangkat, Zulkha memberi taklimat tentang tugas kami. Kami berpecah kemudiannya dimana Zulkha dan Djack bermula dengan shoot persiapan pengantin manakal aku dan Marizan shoot persiapan di Dewan Suarah.

Kami memulakan shoot di sekitar dewan sebelum majlis dan mendapati kami bakal berdepan masalah pencahayaan. Tetapi berbekalkan doa yang dibacakan untuk kami oleh Marizan pagi tadi, kami dapat menjalankan tugas kami dengan jayanya. Pengantin tiba lebih kurang pukul 10.40 pagi. Tetamu-tetamu yang datang pula dari pelbagai bangsa dan golongan. memang grand majlis diaorang ni. Memang, grand betul majlis ni. Macam bersanding kat hotel.

Tepung tawar sudah, makan sudah, shoot family potrait pula. Dengan menggunakan kelajuan tahap gaban, dengan segera Zulkha dan Djack memasang umbrella untuk shoot ala-ala studio. Pergh, resultnya memang macam gambar studio. Habis semua sesi, shoot outdoor pulak. 3 lokasi kami petang tu. Di taman Muzium Sarawak, kemudian di kawasan Kesuma resort dan last sekali di kawasan pinggir pantai Kampung Pasir Pandak.

Enjoy betul kerja hari tu, walaupun penat yang teramat. Sedikit sebanyak aku menambah ilmu fotografi bila dapat kerja dengan Zulkha, yang paling senior di antara kami. Lain kali bila ada lagi majlis grand macam ni, aku sudah ada bekalan yang ku bawa untuk job seterusnya. Thanks to Zulkha, Djack, Marizan, team videography dan terutama sekali kedua pengantin, atas kerjasama yang mantap walaupun penat tak hingat. Sekali lagi aku ucapkan Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga akhir hayat.......





 
 







No comments:

Post a Comment